Post dari Jan 2012 ke ambang Puasa 2012 , semalam Nisfu syaaban . tahun ini saya nak berpuasa , saya cuba puasa penuh , saya tak pernah berpuasa , solat , Inys Allah , mudah mudahan lekat tabiat ini , saya tak pernah solat , Subhanallah . ada satu Af ustaz di sungai itek berpesan ,dalam English " DO IT FOR ALLAH " 'SOLAT JANGAN TINGGAL "... saya tidak mengedahkannya , malah saya ....( saya kesal )..

Tapi saya sentiasa dalam kesempitan , dapat beribu ribu , duit tak pernah lekat atau kenderaan saya asyik rosak , alternator lah , bateri lah , entah apa apa saja , bila ada duit adalah masalahnya menunggu


 Baru baru ini semasa trip ke suatu tempat , saya jadi pusing , tak tahu nak buat apa , saya berhenti dan berehat di serambi ( balai lintang ) masjid tersebut ,saya di kejutkan oleh bilal kerana dah masuk zohor , saya bergegas ke ruang wuduk , lantai licin nasib baik lah , tidak saya pasti kena ' stroke' kami solat , ada jemaah 4 orang , saya tak sedar , saya solat sambil menaggis ..air mata memnasahi pipi , saya tak sedar , "kenapa Encik menaggis ", imam itu hukurkan saya duit RM 50 suruh saya pergi makan , saya gunakan untuk makan RM 10 dan isi minyak RM 40 , saya tak sedar yang saya berada di kampung halaman Tuan Haji kat Sungai Itek atau ustazah , isterinya guru itu tapi hari itu saya dapat satu sales , sekaligus saya dapat RM 750 dan terus saya sewa rumah kampung , biarlah tak ada perkakas , ia dekat sangat dengan satu masjid .kain yang di beri nya dulu dan baju melayu , itu lah kain raya saya tahun ini.. Masya allah . Saya pakai untuk pergi solat agar Tuan yang berinya mendapat pahala .

Saya berazam untuk menebus pahala mengurangkan dosa lalu ,Ramazan tahun ini ., atau sekurang kurangnya berbuat perkara yang sepatutnya dan betul.

Untuk kali pertamanya , saya takut, saya terbaca doa masuk masid dalam rumu terpampang di pintu , Ya Allah , mudahnya .saya cuba memperbaiki diri , doa lah untuk saya . Amin.

saya kepilkan lagu ini tanda saya sedar sekarang , tetapi LIVE MUST GO ON .



.

















 Doa masuk masjid (rumi)



 BISMILLAHIRROHMANIRROHIM, ALLAAHUMMAF TAH LII ABWAABA RAHMATIKA. Ya ALLAH s.w.t, bukalah untukku semua pintu rahmat-MU. 



 ATAU, 



 BISMILLAHIRROHMANIRROHIM, ALLAAHUMMAGHFIR LII DZUNUUBII WAFTAHLII ABWAABA RAHMATIK. Ya ALLAH s.w.t, Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami, bukakanlah pintu-pintu rahmat dan restu-MU.





Gambar ini di ambil di Johor dan Akhir di Banting , lepas itu saya terpaksa jual tailpon yang berkamera kerana saya perlukan wang tambahan ,

( Trip ini saya berjaya menjual beberapa Naskah Sistem tetapi pendapatannya habis semua )

saya tidur dalam kereta , saya tidur di hote budget dan ada masanya saya menumpang  di sekolah itu


saya telah berjaya mendapat rumah sewa kampung di sini , saya cuba

hidup berseoranag menyesali betapa

untung nya saya bersama Tuan/Puan dan betapa

ruginya saya tanpa bimbingan Tuan / Puan


tetapi kunci untuk pulang saya dah patahkan .



Saya cuma minta keampunan , biarlah hamba yang hina  ini menjalani siksaan di dunia ini ,

 Tuan / Puan saya doakan kesejahteraan dan di rahmati Allah 

Insya Allah , Semuga allah mengantikan sesuatu yang lebih indah dari kerugian Tuan / Puan

sedekah yang terpaksa dari Tuan / Puan saya tidak guna kearah kekufuran.


Saya makan dan minum dan meneruskan perjalanan .